Thursday 20 September 2012

Dialek Daerahku


  • Dialek


Sememangnya kita tidak dapat lari dari dialek tempat kita dilahirkan dan dibesarkan....lahir sahaja kita ke dunia yang fana dan bila bermula kita pandai berbicara biarpun masih "telur" kita terdengar dialek yang dituturkan oleh ibu kita yang pertamanya...indahnya bahasa kita...pelbagai ragam bahasa dapat didengari dan dituturkan..

* Sosiaolinguistik
Definisi dialek:

  • dialek adalah variasi dari satu masa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat atau komuniti bahasa.
  • mempunyai bentuk tertentu,dituturkan oleh sesuatu kawasan oleh penutur tertentu,keadaan yang berbeza dari bentuk bahasa standard dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa.
  • terbentuk daripada dua jenis iaitu dialek daerah dan dialek sosial.