Monday 29 October 2012

BAHASA MELAYU UPSR

http://www.slideshare.net/cikgupaklong/bahasa-melayu-upsr-2#btnNext

http://upsrbm.tripod.com/

http://tatabahasabm.tripod.com/latih/latih.htm

http://upsr.fieldcon.org/ex_pretest1.php?id=131&page=1

 Aspek yang dapat membantu menghasilkan sesuatu penulisan kreatif
Ambil kira perkara berikut dalam penulisan:

 Polisemi -                         bentuk kata yang mempunyai banyak makna yang bertalian rapat antara satu   sama lain.  contoh: dibanjiri manusia, air, kenderaan dsb

 Kata bandingan/simile        contoh: setinggi langit, bodoh macam lembu
 Peribahasa -                      bidalan, kata hikmah, pepatah
 Kata ganda berentak :       contoh jari-jemari, lauk-pauk.
 Penanda wacana:              contoh sehubungan itu
 Personifikasi       –:            pemberian sifat manusia kepada benda tak bernyawa untuk mendapatkan kesan sastera.

Contoh: deruan angin seolah menyanyikan lagu syahdu itu sungguh menghiburkan. Aspek yang dapat membantu menghasilkan

Galakkan murid membaca banyak buku cerita yang berunsur sastera.

Contoh petikan ayat yang gramatis dan puitis:
Pak Ismail termenung di anjung rumah. Hujan yang turun membasahi bumi entah bila akan reda. Ombak yang menghempas pantai juga entah bila akan berhenti.

Latih murid mengadaptasi idea dalam cerita yang dibaca untuk melahirkan idea sendiri.

Petikan cerita Mentari Kembali Bersinar
Teks Sastera Tahun 6.

“Anak-anak saya masih bersekolah lagi, Tok Ayub. Saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu hanya kerana saya tidak mampu menyediakan wang secukupnya untuk mereka,” balas Pak Ismail lagi.
Pengorbanan Pak Ismail itu benar-benar menyentuh perasaan Tok Ayub.

Murid boleh mengadaptasi perwatakan Pak Ismail yang cekal, rajin dan bertanggung jawab dalam cerita mereka hasilkan.

• Latih tubi murid membina ayat yang kreatif.

Seni silat ialah salah satu seni mempertahankan diri yang digemari. Aksi pesilat bak pahlawan Melayu dahulu kala sungguh mengkagumkan kita. Seni yang diwarisi turun- temurun ini perlulah dijaga.
Galakkan murid melahirkan idea dalam bentuk penulisan daripada perkara yang dilihat, dibaca dan dialami. Minta murid menunjukkan perkara yang berlaku dan bukan menceritakan perkara yang berlaku. (show don’t tell)



############################################################# 


 PENULISAN BAHAGIAN A 
          
Contoh-contoh Arahan Bahagian A

1.Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.
2.Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
3.Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
4.Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang terdapat dalam gambar.


Teknik Menjawab Bahagian A

1.Ayat yang dibina mestilah mengenai apa yang terdapat dalam gambar dan tersurat. ( Ayat yang tersirat boleh dijadikan sebagai pelengkap ayat sahaja )
2.Tulis kata kunci berdasarkan gambar. ( Kata kunci tidak boleh berulang )
3.Ayat perlu dinomborkan : 1 – 5.
4.Ayat yang dibina mestilah seimbang mengikut jumlah gambar. ( Ada nisbah )
5.Ayat yang dibina perlulah gramatis / betul dari segi tatabahasanya.
6.Elakkan menulis ayat tentang perkara yang tidak terdapat dalam gambar.
7.Ayat yang ditulis perlu dikembangkan dengan sempurna menggunakan kata hubung atau penanda wacana.
8.Boleh berikan watak pada gambar.
9.Jangan menulis lebih daripada 5 ayat.
10.Jangan memberi pandangan peribadi tentang gambar.11.Semak segala kesalahan jika ada.


CONTOH SOALAN

Tulis lima aktiviti berdasarkan gambar di bawah.
    








 Kata Kunci
Menghulurkan/ bentang tikar                                       
Membina/ berdekatan
Perahu layar/mendayung 
Berenang/guna pelampung
Gembira/bermain

CONTOH AYAT

1. Emak menghulurkan sepinggan makanan kepada ayah    danmereka duduk di atas tikar yang dibentang di tepi pantai.

2. Saya dan adik membina istana pasir berdekatan dengan abang yang bermain bola.                                 

3. Abang dan rakannya begitu leka dan gembira bermain bola di tepi pantai.                                               

4. Kelihatan kanak-kanak gembira bermain air dan ada  yangberenang dengan menggunakan pelampung.   

5. Ada juga pengunjung yang berekreasi dengan perahu layardan mendayung sampan.                                                 



Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.






Kata Kunci

Selekeh/ tidak bertutup
Membeli/ gerai kotor
Banyak sampah/ hinggap
Mengalami muntah-muntah/ cirit-birit
Hospital/ menerima rawatan/ keracunan makanan

CONTOH AYAT

1.Peniaga minuman dan makanan ini kelihatan selekeh dan makanan yang dijual tidak bertutup.

2.Beberapa orang murid sekolah membeli makanan dan minuman di gerai yang kotor itu.

3.Terdapat banyak sampah di sekeliling gerai dan lalat kelihatan hinggap pada makanan tersebut.

4.Murid-murid yang membeli makanan dan minuman di gerai itu telah  mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.

5.Mereka telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana keracunan makanan.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


                               BAHAGIAN B                                                          (Cadangan masa : 40 minit )   (Markah : 30 )

PERKARA                                        Menulis karangan
STIMULUS                                       Tajuk diberi                                                   
BILANGAN SOALAN                     3 soalan pilih 1 sahaja                                    
BILANGAN PERKATAAN             Tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
BENTUK KARANGAN                   Karangan lengkap                                          

BAHAGIAN B
Baca dan fahami tajuk-tajuk yang diberi                                                      
Pilih tajuk karangan yang dikuasai sepenuhnya agar dapat menghuraikan  sesuatu tajuk dengan tepat dan padat.                                                              
Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian dengan kehendak soalan.            
Sediakan rangka karangan agar isinya tidak berulang.                                
Karangan berformat mestilah mengikut format yang betul.                            



 PENULISAN BAHAGIAN B
Karangan Berformat Khusus
Karangan Berformat Umum


Karangan Berformat Khusus
-  Surat rasmi,--Surat tidak rasmi-- Dialog-- Laporan--Ucapan
-- Syarahan-- Berita-- Catatan-- Perbahasan                             


Karangan Berformat Umum
-Naratif -Menyambung dan menyudahkan cerita -Fakta -Gambaran/keperihalan
-Peribahasa -Rencana -Penerangan -Perbincangan                                                

KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH MEMPUNYAI:            

- Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan dengan tajuk.
- Isi-Isi yang disertai dengan huraian dan contoh,penggunaan penanda wacana,     peribahasa dan ungkapan amat digalakkan.
- Penutup karangan dengan membuat kesimpulan atau rumusan tentang tajuk      
karangan dengan memberi pendapat sendiri.
- Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh atau isi yang tertinggal atau kurang tepat.




PENULISAN – ( BAHAGIAN C )

MEMBUAT ULASAN / MERUMUS
PENGENALAN

1.Dalam bahagian ini calon akan diberi samada sebuah petikan berupa fakta, cerita, dialog ataupun puisi.
2.Calon dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi berdasarkan arahan-arahan tertentu.
3.Jawapan hendaklah dibuat dalam satu perenggan sahaja.
4.Jumlah markah - 20 markah.
5.Masa dicadangkan – 20 minit sahaja.




TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. Baca dan fahami
2. Garis isi penting /pengajaran /nilai / kebaikan /kepentingan
3. Senaraikan
4. Tulis dalam satu perenggan


Teknik Menjawab Bahagian C

1. Kenal pasti arahan
pengajaran, nilai murni, amalan baik. – Apa bezanya?
2. Kenal pasti tema petikan supaya lebih mudah untuk mengulas.
3. Baca ayat demi ayat untuk mencari pengajaran / nilai murni / amalan baik.
4. Senaraikan idea dan huraian secara ringkas sebelum menulis di kertas soalan.
5. Mulakan ulasan dengan : Sebagai seorang .............../ Kita
6. Gunakan kata ganti nama ‘ kita ’ dalam ayat.
7. Masukkan kata-kata positif.
8. Gunakan penanda wacana / kata hubung ketika menyambung ayat.
9. Pastikan jumlah perkataan sesuai dengan kehendak soalan.


CONTOH SOALAN



Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.




Loceng waktu terakhir berbunyi. Anuar mengambil basikal lalu mengayuh menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, diapun meletakkan basikal di tempat yang disediakan(1 ). Dia memberi salam sambil menanggalkan kasut dan stoking lalu meletakkannya di rak kasut(2). Setelah ibunya membuka pintu, dia bersalaman lalu mencium tangan ibunya(3).
     Dia ke bilik untuk menyimpan beg dan menukar pakaian. Setelah selesai, dia terus ke dapur untuk membantu ibunya menghidangkan makanan tengah hari(4). Selesai makan , dia membantu ibu membersihkan meja makan. Selepas itu, dia bersiap ke sekolah agama pula.
      Pulang dari sekolah agama, dia terus mandi dan bersembahyang(5). Selepas makan malam, dia terus ke meja belajar untuk mengulang kaji tanpa menunggu arahan daripada sesiapa(6).



( 1 ) berdisiplin                       
( 2 ) mementingkan kebersihan
( 3 ) menghormati ibu              
( 4 ) rajin                                
( 5 ) taat perintah Allah           
( 6 ) berdikari                         

berdisiplin                                 : agar hidup teratur dan sempurna
menghormati ibu                        : telah membesarkan kita
rajin                                          : membantu ibu, meringankan beban kerja ibu
mementingkan kebersihan          : agar hidup sihat
taat                                           : taat kepada suruhan Allah balasannya syurga
berdikari                                   : jangan mengharapkan bantuan orang lain


contoh jawapan :


Kita mestilah berdisiplin agar hidup kita sempurna dan berjaya. Sebagai seorang anak, kita mestilah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah membesarkan kita. Seterusnya, kita perlu rajin membantu ibu dan ayah agar dapat meringankan beban kerja mereka. Selain itu, kita harus menjaga kebersihan diri dan makan makanan yang berkhasiat setiap hari supaya badan kita sihat. Sebagai umat Islam pula, kita harus taat kepada suruhan-Nya agar kita mendapat balasan yang baik di akhirat nanti. Sikap berdikari Anuar patut kita contohi. Ulang kajilah pelajaran tanpa menunggu diarah oleh ibu atau bapa kita dan janganlah kita mengharapkan bantuan orang lain apabila membuat sesuatu pekerjaan.






















Tuesday 16 October 2012

SURVIVAL BAHASA IBUNDA OLEH GENERASI MUDA


ANDA kaum apa? Itu soalan lazim yang ditujukan kepada Nursyahirah Mohd. Aziz yang baru berusia 13 tahun memandangkan wajahnya yang tidak tumpah seperti gadis Asia Barat.
 
Memiliki mata besar dan hidung yang mancung, gadis yang menuntut di Sekolah Menengah Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu rupa-rupanya berketurunan Pakistan.
 
Namun, peliknya walaupun ibu bapa Nursyahirah sememangnya berketurunan Pakistan, namun dia tidak fasih bertutur dalam bahasa ibunda mereka Punjabi atau Urdu.
 
Akui Nursyahirah, sewaktu zaman kanak-kanak dahulu penguasaan bahasa Punjabinya lebih teruk. Dia hanya faham sedikit apa yang dituturkan oleh ahli keluarganya dan langsung tidak dapat membalas bicara dalam bahasa tersebut.
 
"Bayangkan, apa yang disebut lain bunyi dan maknanya pun berbeza. Apabila itu berlaku, saya berasa malu untuk meneruskan perbualan," kata gadis itu yang akhirnya lebih senang berbahasa Melayu dengan ahli keluarga di rumah.
 
Keselesaan berbahasa Melayu dan Inggeris di sekolah mungkin telah mengehadkan kemampuan Nursyahirah menguasai bahasa Punjabi.
 
 
Pakistan celup
 
 
Sewaktu berusia 8 tahun ketika di sekolah, rakan-rakan mula melabelkannya sebagai Pakistan celup.
"Ramai kawan di sekolah yang gemar menonton filem Bollywood sehingga meminta saya menterjemahkan pelbagai jenis ayat dari bahasa Melayu ke bahasa Punjabi kepada mereka.
 
Pada kebanyakan masa, memang saya terpaksa menghampakan permintaan tersebut kerana memang saya tidak tahu banyak perkataan Punjabi. Akhirnya, label Pakistan Celup memang sangat menghantui saya," tuturnya sambil mengakui gelaran tersebut ternyata memberi kesan mendalam pada dirinya, sehingga sejak itu dia nekad untuk mula menguasai bahasa Punjabi
 
Sejak itu juga, gadis berkulit cerah itu mula menonton filem-filem Bollywood dan menjadi pencinta filem berkenaan, walaupun sebelum itu dia amat jarang menonton filem berkenaan.
 
Selain itu, dia juga akan melayari laman web yang mempunyai rangkaian panduan bahasa Punjabi kerana kaedah itu banyak membantunya menguasai dengan kebih cepat bahasa tersebut.
 
 
 
 
 
Pada masa yang sama, dia juga akan bertanya kepada ibunya mengenai perkataan-perkataan yang sukar difahami.
 
"Saya melihat langkah-langkah itu memudahkan saya untuk belajar bahasa ibunda saya, malah membuatkan saya semakin berminat dengan bahasa tersebut. Jika dahulu saya kosong, kini semakin bertambah baik," ujarnya.
 
Kemerosotan bahasa ibunda menurut bidang linguistik adalah kegagalan penutur aslinya untuk menguasai bahasa tersebut. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh jumlah penuturnya yang makin berkurang atau perkembangan bahasa lain yang menghakis kepentingan bahasa ibunda itu.
 
Biarpun Persatuan Linguistik Amerika Syarikat menyatakan terdapat antara 6,800 hingga 6,900 jenis bahasa di dunia ini, namun globalisasi hari ini menyebabkan hanya beberapa bahasa menjadi keutamaan. Ternyata, globalisasi yang dipacu oleh kemajuan internet begitu dekat dengan generasi muda.
 
Lantaran itulah, kemerosotan penguasaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi muda agak ketara.
 
 
Baca lagi di KOSMO

Makna Bahasa Ibunda

Bahasa pertama adalah bahasa yang pertama dipelajari oleh seorang manusia, iaitu bahasa ibundanya. Dia dipanggil penutur asli bahasa ini menurut Leonard Bloomfield.[1]
Bahasa pertama atau bahasa asli adalah asas untuk identiti sosiolinguistik seseorang.[2]
Dalam linguistik bahasa pertama boleh dirujuk sebagai bahasa nadi, bahasa ibunda

Pendidikan bahasa ibunda beri kesan

PARIS 12 Mei - Pendidikan di sekolah wajar dilakukan dalam bahasa ibunda sesebuah negara kerana pengajaran dalam bahasa tersebut dapat memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar.
Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah.
"Kualiti pendidikan menjadi lebih baik apabila murid-murid diajar dalam bahasa ibunda," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai langkah Malaysia memperkenalkan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tetapi kemudiannya membatalkan program itu dengan mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.- Utusan

LAGU HURUF VOKAL



 LAGU HURUF VOKAL 

 Jom belajar huruf vokal dengan nyanyian. Tentu murid-murid pemulihan,prasekolah, LINUS dan lain-lain sangat bersemangat untuk belajar berbanding dengan cara yang biasa. Sesekali cikgu mesti ubah cara pnp barulah murid seronok nak belajar, betul tak?

Lagu Loghat Trengganu : Blues Teghanu kite

lagu loghat negeri Kedah mai ceq mai

Lagu Loghat Perak - Dorian Dah Berbunge

Lagu Loghat Kelantan : Dikir Barat Anak Tupai

Lagu Loghat Minang : Apo kono eh jang