Sunday, 4 November 2012

BM UPSR

CERITA

Pengenalan
  • Karangan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
· Karangan jenis cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.
· Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.
· Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian, perbualan, dan pembacaan.
· Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).
· Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.
· Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.
· Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.
  • Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.

Tajuk Perbincangan

Tuliskan sebuah karangan cerita yang bertajuk ‘ Menabung’
Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan kamu memberikan gambaran mengenai satu cerita yang berhubung dengan kebaikan, kelebihan orang yang suka menabung.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta mindahendaklah seberapa ringkas.
Lihat contoh peta minda.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
Baca contoh karangan di bawah ini.
Contoh Karangan 
Menabung
Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi, loceng menandakan waktu rehat berbunyi. Murid-murid keluar dari kelas masing-masing dan berpusu-pusu menuju ke kantin. Mereka beratur untuk membeli pelbagai juadah yang dijual di kantin.
“Kamu tidak ke kantin, Jazlan?” tanya Norita rakan sekelasnya.
“Tidak, aku ada membawa bekalan,” jawab Jazlan sambil membuka bekalan. Memang telah menjadi kelaziman bagi Jazlan membawa bekalan dari rumah. Wang saku yang diberikan oleh ibunya disimpan di dalam tabung. Amalan menabung ini telah dilakukan oleh Jazlan sejak dia di tahun satu lagi.
“Maklumlah, orang hendak cepat kaya. Berbelanja di kantin pun dia tidak mahu. Tidak lama lagi ada seorang rakan kita yang akan bergelar jutawan,” Norita menyindirnya dan disambut dengan hilaian ketawa rakan-rakannya yang lain.
Jazlan tidak berasa hati sedikit pun dengan ejekan dan sindiran rakan-rakannya. Baginya, menabung merupakan tabiat mulia yang perlu diamalkan. Setiap orang perlu berjimat cermat untuk masa depannya. Lebih-lebih lagi wang belanja yang diperoleh adalah hasil jerih ibunnya mengambil upah menjahit.
“Mungkin rakan-rakanku itu keluarganya orang berada. Mereka tidak pernah hidup susah ataupun mengalami masalah kewangan. Segala kemahuan akan dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Lainlah aku, keluargaku bukannya daripada kalangan orang yang berada, ayah telah meninggal sejak aku dilahirkan” Jazlan berbisik sendirian memujuk hatinya.
Pada penghujung tahun, Jazlan telah terpilih sebagai pemenang pertama satu pertandingan penyimpan wang terbanyak dan terkerap.Jazlan telah menerima beberapa hidah istimewa berupa wang dan peralatan sekolah daripada pihak bank yang menaja pertandingan tersebut.


Langkah 4


Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.
Latihan Minggu Ini
  1. Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Terselamat’
  1. Tulis sebuah karangan tentang ‘Malang Tak Berbau’
3. Tulis sebuah karangan bertajuk ’Akibat Degil’

Terselamat
Hujan turun renyai-renyai. Aku dan rakan-rakan meminta izin daripada Cikgu Rashidah.
“Baiklah, anak-anak. Berhati-hatilah. Jangan bermain-main di tepi sungai,” Cikgu Rashidah berpesan.“Terima kasih, cikgu. Kami pulang dulu.
Air sungai itu melimpah ke tebingnya. Jalan di tepi sungai licin-licau. Aku, Eton, dan Chot berjalan dengan hati-hati. Eton di hadapan, aku di tengah, dan Chot di belakang.
Tiba-tiba Eton tergelincir lalu tersungkur. Begnya tercampak ke tebing sungai. Chot menerpa ke arah beg itu. Malangnya dia tersepak seketul batu lalu terjatuh ke dalam sungai.
“Tolong aku, Eton! Tolong aku, Siti!” Chot menjerit meminta tolong.
Aku tergamam. Tetapi, aku sempat menarik tangan Chot. Namun demikian, Aku tidak berdaya untuk menarik rakannya itu ke atas tebing. Tangan Chot terlepas daripada peganganku. Chot hanyut dibawa arus sungai itu. Chot kelihatan terkapai-kapai, badannya tenggelam timbul dalam air sungai itu.
Aku dan Eton menjerit-jerit meminta tolong. Beberapa orang pemuda yang kebetulan lalu di situ berlari-lari ke arah kami. Aku memberitahu mereka akan hal itu. Beberapa orang pemuda kampung terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Chot yang sudah tidak kelihatan lagi.
Hampir setengah jam mereka mencari Chot di sepanjang sungai itu. Akhirnya mereka menemukan Chot yang tersangkut pada sebatang kayu. Chot tidak bermaya lagi, Aku yakin Cot masih hidup. Kami memberikan bantuan pernafasan sambil menekan perutnya untuk mengeluarkan air. Beberapa minit kemudian Chot mulai sedar.
“Chot terselamat!” Aku menjerit sekuat hatiku. Hatiku lega.
Cikgu Rashidah yang turut berada di situ terus membawa Chot ke hospital.Aku dan Eton tidak putus-putus menyebut kalimah syahadah kepada Chot.Peristiwa ini benar-benar menimbulkan keinsafan kepadaku agar menjadi insan cemerlang sebelum dijemput kembali oleh Allah.



BERITA

· Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.
· Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana?, dan Mengapa?
· Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yangkurang penting dikemudiankan.
· Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.
· Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.
· Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melaluipembacaan, pemerhatian dan wawancara
· Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana.

Apa ?
Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.
Bila ?
Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.
Di mana ?
Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.
Siapa ?
Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
Adakalanya umur juga perlu ditulis .
Mengapa ?
mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.
Bagaimana?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.

Soalan Perbincangan Minggu ini

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda, telah menganjurkan Program Klinik UPSR untuk murid-murid tahun lima. Anda diminta menulis berita tentang program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah anda.
Tulis berita tersebut selengkapnya.

Panjang berita anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1
Anda mestilah membaca soalan berita tersebut dengan teliti . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka berita.

Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka berita . Sebaik-baiknya kerangka berita yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas. Apa yang penting anda dapat memahaminya




KARANGAN JENIS CERITA( TINDAKAN)

Panduan Mengarang


 Mempunyai gambaran jelas dan tepat tentang bahan yang menjadi cerita
sama ada melalui pengalaman, pembacaan, tontonan atau imaginasi.

• Biasanya, karangan jenis tindakan memaparkan kebijaksanaan anda (KBKK) untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anda merupakan watak utama dalam cerita tersebut.

• Calon-calon sering melakukan kesilapan menulis karangan seperti ini apabila menjadikan pihak kedua atau ketiga sebagai watak utama.

• Cerita ini biasanya cerita yang sedang berlaku bukan cerita yang telah berlaku atau belum berlaku

 Setiap cerita mestilah mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang
dan sebagainya.

 Mempunyai permulaan, puncak cerita, dan penutup

 Boleh menggunakan bahasa berbunga tetapi terkawal.


Tajuk Perbincangan

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba kamu terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Ceritakan bagaimana kamu dapat membantu kanak-kanak tersebut.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Karangan ini, menghendaki kamu menyatakan tindakan-tindakan yang diambil untuk membantu kanak-kanak yang cedera kerana terjatuh buaian ketika bermain.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut tersembam di atas tanah.

Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu berdarah.

Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu terseliuh atau mungkin patah.

Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu tangannya yang cedera.

Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak sedarkan diri.

Ahamad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu, tanpa berlengah-lengah, terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika bermain.

Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara- perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan,tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini

1 Jambatan yang kami lalui ke tapak perkhemahan telah dihanyutkan air. Hujan turun semakin lebat. Kamu dan rakan-rakan kamu mesti meninggalkan tapak perkhemahan itu kerana kawasan tersebut tidak selamat. Apakah tindakan yang patut kamu ambil untuk menyelamatkan diri.

2 Kamu ternampak seorang pemuda meragut beg tangan seorang wanita. Tulis
sebuah cerita apakah tindakan yang kamu lakukan.

Apakah tindakan-tindakan yang akan kamu ambil seterusnya .

3 Anda sedang membeli barang di sebuah kedai. Tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan dan diikuti asap yang berkepul-kepul dari bahagian belakang kedai tersebut.

Tuliskan sebuah karangan yang menceritakan bagaimana anda menolong pekedai tersebut.

KARANGAN FAKTA

Pengenalan


Untuk menghasilkan karanga fakta yang baik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:


· Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang

sekiranya bercadang menulis karangan jenis ini.


· Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.


· Isi atau fakta yang diberikan perlu lengkap, tersusun , dan menepati kehendak soalan .


· Cara penyampaiannya mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata

yang mudah difahami


· Carilah sekurang-kurangnya 4 isi penting, pendahuluan dan penutup.


Pendahuluan - mengandungi definasi atau penerangan tentang tajuk

karangan.


Isi - membincangkan tentang tajuk secara tepat dan bukan rekaan

atau khayalan .


Penutup - memberikan pendapat anda tentang perkara yang ditulis.


Untuk memperkukuhkan isi , huraian serta contoh perlu dimuatkan.


Tidak ada format khusus yang harus anda ikuti bagi karangan jenis ini.



Soalan Perbincangan


Setiap pelajar biasanya mempunyai sebuah buku kamus. Tuliskan sebuah karangan tentang kepentingan kamus kepada seorang pelajar.


Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan

dan tidak melebihi 120 patah perkataan.


Langkah 1


Memahami kehendak soalan;

Soalan ini menghendaki kita mengupas tentang kepentingan kamus kepada pelajar. Anda hendahlah menyenaraikan empat isi penting berhubung dengan faedah dan pentingnya kamus kepada seseorang pelajar.


Langkah 2


Anda hendaklah menyediakan isi-isi berdasarkan konsep peta minda;


DIALOG

TIP PENULISAN SUPERKID



· Karangan jenis dialog , biasanya melibatkan dua orang atau lebih yang berbual atau berbincang tentang sesuatu perkara.

· Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk , dialog atau perbualan, dan wawancara atau temuramah.

· Sebelum menulis karangan ini anda harus memahami kehendak soalan ,mencari isi penting dan menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu.

· Dalam karangan dialog, kedua-dua pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan memberikan pendapat. Untuk menulis temuramah pula pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan dan yang ditemuramah akan menjawab soalan yang diajukan.

· Pastikan anda menggunakan kata ganti diri yang sesuai yang sesuai dengan watak dan situasi dialog tersebut. Contohnya jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan “Encik”, “Tuan” ,atau “Pak cik”.

· Tidak digalakkan menggunakan kependekan seperti “kan”, “tak”, dan “tidak”.

· Penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa adalah digalakkan supaya dialog lebih menarik.

· Jangan salah format, markah anda akan dipotong.

Soalan Perbincangan



Sementara menunggu bas, kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang faedah membaca.

Tulis perbualan antara kamu dan rakan kamu. Panjang dialog kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.


Langkah 1


Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau kehendak dialog yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.


Langkah 2


Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuatberdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas .


Lihat contoh peta minda .

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.
Anis : Amin, mana ada orang yang membaca sementara menunggu bas?
Amin : Betul kata kamu Anis. Kata cikgu, kalau di Jepun keadaannya berbeza.Membaca telah menjadi budaya kepada masyarakat mereka.Sementara menunggu bas mereka membaca, bukan hanya berbual kosong.
Anis : Sepatutnya masyarakat kita telah sedar bahawa dengan membaca akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat.
Aimin : Tidaklah seperti katak di bawah tempurung.
Anis : Selain itu dengan membaca juga kita dapat memenuhi masa terluang.
Sebaliknya , seseorang itu akan mudah terpengaruh aktiviti yang
tidak berfaedah.
Amin : Betul kata kamu , Anis. Kita juga boleh memperolehi hiburan
dengan membaca. Katakan kita membaca buku cerita, kita akan
berasa terhibur, selain mendapat pengajaran daripada cerita tersebut.
Anis : Bukan itu sahaja , malah dengan membaca , penguasaan bahasa
kita akan meningkat. Sejak saya banyak membaca buku-buku
cerita bahasa Inggeris. Nampakanya bahasa Inggeris saya meningkat.
Oh, bas dah sampai , mari kita naik!
Amin : Tunggu dulu , orang belum turun !
Langkah 4
Ø Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.
Latihan minggu ini.
Tulis karangan di bawah ini . Bagi tiap-tiap soalan panjangnya mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
1 Kamu dan dan rakan kamu sedang mengambil angin di taman. Kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang cara-cara mengindahkan lagi kawasan taman tersebut
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
2 Kamu membuat panggilan telefon kepada rakan kam memberitahunyabahawa kamu tidak dapat hadir ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum pada hari itu. Nyatakan sebab-sebab kamu tidak hadir untuk disampaikan kepada guru kamu.
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
3 Andaikan kamu dan rakan kamu sedang berada di dalam bas yang akan membawa kamu melawat sambil belajar. Kamu dan kawan kamu berbual-bual mengenai faedah-faedah yang boleh diperolehi apabila kamu menyertai lawatan sambil belajar.
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.


KEPERIHALAN

TIP PENULISAN YANG BERKESAN
· Karangan jenis ini menceritakan sesuatu pengalaman , suasana , peristiwa , pemandangan , keadaan , perwatakan , temasya dan sebagainya.
· Ketepatan fakta boleh direka, tetapi mestilah boleh diterima akal.
· Anda boleh memasukkan unsur-unsur supen untuk menghidangkan sebuah cerita yang lebih menarik pembaca dan seterusnya mengajak pembaca seolah-olah berada dalam cerita tersebut.
· Anda tidak semestinya terlibat atau mengalami peristiwa tersebut , tetapai anda boleh mengolah cerita tersebut berdasarkan daya imaginasi anda.
· Bahasa yang puitis dan dialog boleh digunakan di tempat-tempat yang sesuai supaya karangan anda lebih menarik.
· Di bahagian pengenalan , anda boleh menceritakan peristiwa awal sebelum peristiwa yang sebenarnya berlaku.
· Dalam perenggan penutup , anda boleh menceritakan bagaimana peristiwa itu berakhir. Anda juga boleh menyatakan pendapat atau perasaan anda tentang peristiwa tersebut.
· Cerita atau peristiwa yang dijadikan bahan karangan tersebut biarlah mempunyai nilai-nilai murni.
Contoh soalan UPSR
Ø Anda dan beberapa orang rakan sedang berbasikal ke sekolah . Anda ternampak akan seorang tua terjatuh ketika melintas jalan. .
Apakah tindakan atau usaha-usaha yang akan anda dan rakan-rakan
anda lakukan untuk membantu orang tuya yang malang itu.

Soalan Perbincangan

Cuti persekolahan , adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan murid-murid. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diatur oleh ibu bapa untuk memenuhi waktu percutian tersebut. Tuliskan pengalaman kamu dan keluarga mengisi percutian tersebut.
Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.
Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau kehendak cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuatberdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas . Apa yang penting kamu dapat memahaminya kerana masa untuk mencari isi penting dan membina peta minda tidak lebih 5 minit.
Lihat contoh peta minda .


Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.

PERCUTIAN YANG MENYERONOKKAN

Musim cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar dan ibu bapa . Aku dan keluargaku telah merancang satu percutian yang menyebabkan aku tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu harinya.
Sebagaimana yang dirancang, minggu pertama aku dan keluargaku menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi percutian yang utama. Kami sekeluarga menginap di Rumah Rehat Persekutuan. Setiap hari ada sahaja aktiviti yang kami lakukan seperti memancing, berkayak dan tidak ketinggalan menikmati keindahan air terjun Lasir,Saok, serta menjelajah beberapa buah pulau yang terdapat di tasik tersebut.
Dari Tasik Kenyir kami tidak pulang ke rumah, sebaliknya kami terus balik ke kampung. Aku dan adik tinggal di kampung , ayah dan ibu pula terpaksa pulang ke ibu kota untuk bekerja . Inilah peluang aku dan adik mandi di sungai dan tidur di dusun . Seminggu kemudian ayah dan ibu datang menjemput kami, walaupun belum puas kami bersama datok dan nenek di kampung.
Ayah telah menyusun beberapa aktiviti untuk kami seperti membersih serta mengindahkan persekitaran rumah kami , membersihkan kolam ikan di samping mengecat pasu bunga. Selain itu kami juga mengecat bilik tidur kami dengan bantuan ibu dan ayah.
Walaupun sekolah akan dibuka tiga minggu lagi tetapi ayah telah membawa kami ke pasar raya untuk membeli pakaian serta peralatan sekolah. Selain itu, ayah juga membelikan buku-buku kerja dan pelbagai buku rujukan untuk persediaanku menghadapi UPSR .
Aku berasa sungguh puas kerana sepanjang cuti persekolahan ini aku dapat memenuhi masa tersebut dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan, selain itu aku juga dapat menimba pelbagai pengalaman yang sukar untuk aku lupakan.
Langkah 4
Ø Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.
Ø Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .
Latihan minggu ini.
1. Aktiviti perkhemahan adalah merupakan aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu oleh murid-murid . Murid-murid tidak akan melepaskan peluang ini jika terpilih menyertainya.
Tuliskan satu karangan yang menceritaka bagaimana perasaan anda apabila
dipilih untuk menyertai perkhemahan tersebut.
2. Pada suatu hari kampung kamu dilanda ribut . Banyak harta benda penduduk kampung musnah dalam kejadian tersebut.
Perihalkan atau gambarkan suasana dan tindakan yang diambil selepas kejadian
ribut tersebut.
3. Sambutan Hari Kanak-kanak diadakan setiap tahun di sekolah anda. Gambarkan suasana sambutan Hari Kanak-kanak tersebut.
Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.

CONTOHKARANGAN BERFORMAT

Laporan Pertandingan Pidato

Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini telah menganjurkan pertandingan pidato. Pertandingan ini diadakan pada 6 April 2010 di dewan sekolah. Pertandingan yang bermula pada pukul 9.00 pagi.

Pertandingan pidato ini diadakan bertujuan memilih wakil sekolah untuk menyertai pertandingan pidato di peringkat daerah. Selain ini, pertandingan ini akan memberi peluang murid-murid menonjolkan bakat masing-masing dalam pidato.

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap dua. Pada peringkat awal sebanyak 30 orang murid telah menyampaikan pidato masing-masing. Lapan orang murid sahaja yang dipilih untuk pertandingan akhir.

Hakim pertandingan akhir terdiri daripada beberapa orang guru iaitu Cikgu Aminuddin Sarmiran, beliau telah menghakimi bahagian isi, Cikgu Anuar Ahmad telah menghakimi bahagian penyampaian, dan Cikgu Bangidin Bedu pula telah menghakimi bahagian bahasa. Dua orang murid telah ditugaskan menjaga masa.-

Johan pertandingan ini ialah Amira binti Amir, Tahun 6 Bestari. Naib johan Amrizan bin Zaman dari Tahun 6 Jujur, dan tempat ketiga pula ialah Azmi bin Mohamad dari Tahun 5 Amanah. Amira binti Amir akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Pertandingan pada tahun ini telah mendapat sambutan yang hebat berdasarkan penyertaan murid, berbanding tahun lalu. Selain itu, murid-murid telah menunjukkan minat yang mendalam apabila dewan sekolah telah penuh sesak dengan kehadiran mereka untuk menyeksikan pertandingan tersebut.


Disediakan oleh, 12 APRIL 2010

…………………

(JASMIN BINTI JASMAN)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
Sepang, Selangor.


Contoh Karangan Syarahan

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Sikap berusaha dan berdikari perlu bagi seseorang pelajar.’
Hadirin sekelian,
Berusaha bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.Berdikari pula bermaksud , berusaha tanpa megharapkan bantuan orang lain. Sikap berusaha dan berdikari akan membawa kejayaan dan akan dihormati oleh masyarakat.
Seseorang pelajar perlu menanamkan sikap berusaha dan berdikari. Mereka tidak boleh semata-mata mengharapkan ajaran guru sahaja . Mereka perlu rajin, berusaha dan berdikari untuk berjaya dengan cemerlang.
Hadirin sekelian,
Masyarakat yang kuat berusaha dan berdikari adalah masyarakat maju. Sebagai contoh negara Jepun, usaha gigih dan berdikara rakyatnya telah meletakan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia pada hari ini.
Oleh itu , kita janganlah mengharapkan yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek , jika ingin merangkul kecemerlangan kita mesti kuat berusaha. Negara pula tidak akan maju selagi rakyatnya hanya mengharapkan subsidi daripada kerajaan dan tidak mampu berdikari . Saya akhiri syarahan ini dengan serangkap pantun;
Hidangan tersaji hendaklah dijamah ,
Jangan terlupa membasuh tangan ;
Mengharap bantuan , tandanya lemah ,
Berusaha berdikar kunci kegemilangan .
Sekian , terima kasih .




Contoh Karangan Ucapan


Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, yang diraikan Cikgu Nor Ekhsan, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir bagi Cikgu Nor Ekhsan di sekolah ini. Cikgu Nor Ekhsan telah menerima segulung ijazah setelah menamatkan Pengajian Jarak Jauh di Universiti Putra Malaysia dan akan bertukar ke sekolah menengah. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berpisah kepada cikgu.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh tujuh tahun cikgu di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi cikgu merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usaha cikgu yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikum. Sesungguhnya segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu akan sentiasa tersemat di hati kami.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga, kami melahirkan rasa bangga atas kejayaan cikgu. Semoga kejayaan tersebut akan mendorong kami berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kecemerlangan bagi diri kami.

Akhir sekali, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat berpisah dan selamat berjaya kepada Cikgu Nor Ekhsan dan doa kami semoga cikgu akan terus berjaya dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.


Contoh Karangan Surat Rasmi

Persatuan Tunas Kadet Remaja,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.


Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan. 05 MAC 2010

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki.

2. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kadet Remaja sekolah akan mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Perhemahan ini akan diadakan pada cuti pertengahan penggal yang akan datang selama tiga hari, dua malam iaitu pada 28 Mei hingga 30 Mei 2010

3. Kami bercadang untuk mengadakan perkhemahan ini di Hutan Reakriasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Tempat ini dipilih kerana mempunyai persekitaran yang mencabar kepada para ahli .

4. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama dan sebagainya.

5. Sebanyak 30 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri daripada murid tahun empat hingga tahun enam. Selain itu, empat orang guru penasihat akan turut serta dalam perkhemahan ini.

Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

Darsan Aliman
…………………………………
(DARSAN BIN ALIMAN)
Setiausaha Persatuan Tunas Kadet Remaja
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.


Baca contoh berita .

PROGRAM MAJU DIRI

SEPANG, Ahad – Sebanyak 100 orang murid telah mengikuti Program Maju Diri yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Sekolah Kebangsaan Bagan Lalang. Kursus yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut Guru Besar sekolah tersebut Encik Bangidin bin Bedu, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar di samping memberikan ketahanan fizikal dan mental .

Program ini diadakan di pantai peranginan Bagan Lalang selama tiga hari iaitu pada 26 Mei 2010 hingga 28 Mei 2010 . Peserta-peserta program terdiri daripada murid-murid tahun lima sebagai persediaan menghadapai UPSR 2010.

“Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman,” kata adik Alia Mohamad salah seorang peserta program ini.

“ Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana membuat persiapan awal kepada murid-murid tahun lima untuk menghadapai UPSR 2010,” kata Encik Sailan Misran yang ditemui pada hari penutup program.

Program ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG , Dr. Jaluddin Buang . Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka akan diadakan secara berterusan.

PEMAHAMAN

LATIHAN SOALAN KEFAHAMAN (1)

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hutan monsun tropika tumbuh di kawasan yang mempunyai musim kering yang nyata. Jenis hutan ini terdapat di kawasan Jawa Timur, Myanmar, dan Laos. Kawasan ini mempunyai hujan tahunan yang kurang daripada 1800 mm. Kawasan ini juga mempunyai suhu antara 21C hingga 26C.
Jenis hutan yang terdapat di negara kita ialah hutan Khatulistiwa. Pokok-pokok yang tumbuh di hutan jenis inin biasanya rapat-rapat, tebal, dan merimbun. Berlainan pula dengan hutan monsun tropika. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan hutan jenis ini agak jarang. Pada musim kemarau pula, daun-daun pokok ini menguning dan gugur. Ketika itu dikenali sebagai hutan luruh monsun tropika. Ketinggian pokok-pokoknya tidak melebihi 40 meter, iaitu lebih rendah daripada pokok-pokok di negara kita.
Seperti hutan khatulistiwa, hutan monsun tropika mempunyai jenis pokok yang keras dan berharga. Antaranya termasuklah pokok jati dan penaga. Myanmar, Laos dan Jawa Timur merupakan pengeluar utama kayu jati yang penting di rantau ini. Hal ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya.
Tumbuhan menjalar juga terdapat di hutan monsun tropika. Di bahagian bawah hutan ini juga ditumbuhi semak samun yang tebal. Tumbuhan yang menjalar hidup subur kerana mendapat pancaran cahaya matahari yang cukup.
Sesungguhnya hutan monsun tropika menjadikan Myanmar dan Laos pengeksport utama kayu balak yang penting di dunia. Kayu-kayu balak yang dieksport adalah dalam bentuk balak, kayu gergaji, kayu lapis, dan papan. Hasil kayu balak ini digunakan untuk membina rumah, kapal, perabot, dan sebagainya.
Memandangkan betapa pentingnya hutan monsun Tropika kepada negara-negara terbabit, maka langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara hutan haruslah diambil. Antaranya adalah mewartakan kawasan tersebut sebagai hutan simpan atau Taman Negara. Kerajaan juga hendakalah menubuhkan renjer hutan untuk mengawal pembalakan haram, kebakaran hutan, dan menguatkuasakan undang-undang. Selain itu kerajaan juga hendaklah menetapkan syarat wajib, iaitu menebang pokok balak apabila pokok tersebut mempunyai ukur lilit 45-50 meter.


1 Malaysia dan Selatan Thailand memiliki hutan jenis
A monsun sederhana
B monsun tropika
C monsun khatulistiwa
D hutan luruh

2 Antara yang berikut merupakan sifat-sifat tumbuhan hutan yang terdapat di
Malaysia, kecuali
A tumbuh rapat-rapat
B ketinggian pokok kurang dari 40 meter
C tumbuh merimbun
D banyak pokok kayu yang keras

3 Apakah kelebihan hutan-hutan yang terdapat di Asia Tenggara?
A Pokoknya tumbuh rapat-rapat
B Daunnya akan menguning dan luruh pada musim kemarau
C Banyak pokok yang keras dan berharga
D Mudah ditebang

4 Mengapakah tumbuhan menjalar yang terdapat di hutan monsun tropika mendapat
pancaran cahaya matahari yang cukup?
A Kerana pokoknya tumbuh jarang-jarang
B Kerana cuaca di kawasan tersebut kering sepanjang tahun
C Kerana daun-daun akan luruh pada musim kemarau
D Kerana pokok-pokok besar di kawasan tersebut selalu ditebang

5 Pilih pernyataan yang benar.
A Hujan tahunan di Laos melebihi 2000 mm
B Daun-daun pokok di hutan monsun tropika akan luruh pada musim hujan
C Kawasan hutan monsun tropika kurang dipenuhi semak-samun
D Eksport kayu balak merupakan sumber ekonomi yang utama bagi Myanmar


Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca laporan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM SULTAN ALAM SHAH SHAH ALAM, SELANGOR

Pada cuti penggal sekolah yang lalu, Kelab Bahasa Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Sultan Alam Shah, di Shah Alam. Lawatan ini disertai oleh 30 orang murid dan diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Lawatan itu bertujuan untuk melihat pelbagai khazanah sejarah negeri Selangor.

Kompleks muzium ini diberi nama bersempena nama Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Alhaj.

Muzium ini menempatkan tujuh buah bilik pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kesultanan , Balai Kebudayaan , Balai Warisan Ilmu Kejadian, Balai Ekonomi, Balai Sukan dan Balai Pengangkutan. Setiap bilik mempamerkan Khazanah Negeri. Sebagai contoh, Balai Kesultanan menerangkan sejarah dan riwayat hidup Sultan Selangor secara terperinci. Balai Kebudayaan pula menunjukkan adat resam, budaya dan cara hidup rakyat Selangor.

Lebih 5000 koleksi dipamerkan di Muzium ini. Antara khazanah yang menarik ialah patung-patung yang menunjukkan adat perkahwinan orang Melayu. Kami juga turut diberi penerangan oleh Cikgu Zamzuri tentang khazanah-khazanah tersebut.

Lawatan ini sungguh bermakna kepada kami. Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu tentang sejarah sultan dan juga sejarah negeri Selangor. Harapan kami lawatan ini dapat membantu kami di sekolah selain daripada memberi ilmu pengetahuan yang baru.

Laporan disediakan oleh , 12 Mac 2011
Zarina fazlan
……………………………
( ZARINA BINTI FAZLAY )
Setiausaha Kelab Bahasa
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelek,


6 Apakah tujuan lawatan tersebut ?
A Untuk melihat perkembangan negeri Selangor
B Untuk melihat khazanah dan sejarah negeri Selangor
C Untuk melihat 5000 bahan koleksi yang dipamerkan
D Untuk melihat budaya dan cara hidup rakyat Selangor


7 Balai Pengangkutan di Muzium Sultan Alam Shah mungkin mempamerkan
A perkembangan sistem pengangkutan di Selangor
B dokumen sejarah berkaitan negeri Selangor
C kedudukan perindustrian negeri Selangor
D keindahan semula jadi di Selangor

8 Anda telah berjaya menghasilkan sejenis vaksin untuk membunuh Virus Nipah .
Sejarah penemuan anda ini mungkin dipamerkan di…………………………….
A Balai Ekonomi
B Balai Sejarah
C Balai Kebudayaan
D Balai Warisan Ilmu Kejadian

9 Berikut adalah benar kecuali
A lebih 5000 bahan koleksi di muzium ini
B riwayat hidup Sultan Selangor turut dipamerkan
C muzium ini diberi nama sempena nama seorang sultan Selangor
D cara hidup rakyat negeri Selangor dipamerkan di Balai Warisan Ilmu Kejadian

10 Apakah faedah yang diperolehi oleh ahli rombongan tersebut ?
A Pengetahuan tentang sejarah negeri Selangor
B Dapat melawat Muzium Sultan Alam Shah
C Boleh berjumpa pelawat-pelawat lain
D Dapat melihat patung-patung


Soalan 11hingga Soalan 15
Baca pengumuman di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU 2011

Sempena Minggu Bahasa Melayu yang akan bermula pada 21 Februari2011, Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan satu peraduan mengarang mengikut tahun.
Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4, 5, dan 6 Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Sesiapa berminat diminta menghubungi Pengerusi Peraduan Mengarang, Puan Hjh.Rashidah binti Suboh.

Syarat-syarat Peraduan:

1. Tajuk : a) Bahasa Jiwa Bangsa
b) Cintai Bahasa Kita
2. Karangan hendaklah ditaip.
3. Panjang karangan bagi Tahun 4 tidak kurang daripada 100 patah perkataan, Tahun 5
tidak kurang daripada 200 patah perkataan, dan Tahun 6 tidak kurang daripada 300
patah perkataan.
4. Tulis nama penuh dan tahun di sudut atas sebelah kanan kertas anda.
5. Karangan yang telah siap hendaklah dihantar melalui email sktpsputra@gmail.my
masing-masing kepada Pengerusi Peraduan Mengarang sebelum
04 Februari 2011 jam 11.00 pagi.

Hadiah: Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Hadiah pertama RM20.00 RM25.00 RM30.00
Hadiah Kedua RM15.00 RM20.00 RM25.00
Hadiah Ketiga RM10.00 RM15.00 RM20.00
Selain itu 10 hadiah sagu hati bernilai RM5.00 setiap seorang akan disediakan bagi peraduan ini.
Nama-nama pemenang akan diumumkan pada Hari Kemuncak Minggu Bahasa Melayu iaitu pada hari Jumaat 25 Februari 2011. Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohammad Nasir bin Meskam.

Sekian, untuk makluman.

Yang menjalankan tugas,

(ZAITON BIN OSMAN)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra.


11 Peraduan ini terbuka kepada ......
A sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya
B pelajar yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun
C pelajar yang berumur 7 tahun hingga 9 tahun
D pelajar-pelajar tahap satu

12 Pada hari apakah Minggu Bahasa Melayu ini bermula?
A Jumaat
B Khamis
C Selasa
D Isnin

13 Berapa panjang karangan yang mesti ditulis oleh peserta tahun 5?
A Lebih daripada 200 patah perkataan
B Kurang daripada 200 patah perkataan
C Tidak kurang daripada 300 patah perkataan
D Tidak kurang daripada 100 patah perkataan

14 Karangan yang telah siap hendaklah dihantar kepada .......
A Puan Zaiton binti Osman
B Guru kelas masing-masing
C Pengerusi Panitia Bahasa Melayu
D Tuan Haji Mohammad Nasir bin Miskam

15 Berapakah jumlah hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur?
A RM45.00 sahaja
B RM75.00 sahaja
C RM180.00 sahaja
D RM230.00 sahaja

Soalan 16 hingga soalan 20

Baca puisi di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.


Guruku
Harapanmu suatu perjuangan
Harapanmu suatu pengorbanan

Guruku
Kejayaan yang kauidamkan
Keringatmu dan impianmu
Terserlah menjadi kenyataan
Itulah janjiku kepadamu

Guruku
Azammu suci dan tulus
Membakar diri menerangi kami
Di matamu kami adalah sama
Tiada yang pintar atau dungu
Kasihmu tiada memilih
Membimbing kami ke sana
Ke puncak menara ilmu.


16 Apakah jenis puisi ini ?
A Sajak
B Syair
C Pantun
D Gurindam

17 Apakah tajuk yang sesuai bagi puisi ini ?
A Keikhlasan guru
B Jasa Guru
C Pengorbanannya
D Tugas Seorang Guru

18 Membakar diri menerangi kami bermaksud………….
A selalu berjuang untuk keselamatan negara
B selalu menepati janji kepada pelajarnya
C berusaha agar pelajarnya berjaya
D berusaha mencapai cita-citanya

19 ‘Puncak menara ilmu’ merujuk kepada ………
A sekolah berasrama penuh
B Pusat Sumber
C Perpustakaan Awam
D Universiti
20 Apakah yang tidak benar tentang puisi ini ?
A Guru pemuisi seorang yang bertanggungjawab
B Guru pemuisi sedang melanjutkan pelajaran di universiti
C Guru pemuisi seorang yang tekun dan tabah
D Guru pemuisi mahu semua pelajarnya berjaya



LATIHAN PEMAHAMAN 2

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca ucapan di bawah ini dengan teliti . Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis , yang berbahagia Tuan Guru Besar, guru-guru, ibu bapa, dan pelajar sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah sempena dengan kempen anti jenayah pagi ini.
Hadirin sekelian,
Secara ringkasnya, jenayah ialah perbuatan yang salah dan bertentangan dengan undang-undang negara serta nilai-nilai moral masyarakat. Contohnya ialah mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain lagi. Biasanya perbuatan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang rendah nilai moralnya, tamak haloba, tidak bertimbang rasa, kurang siuman dan sebagainya.
Di negara kita sekarang, kejadian jenayah semakin kerap berlaku. Hampir setiap hari ada saja kejadian jenayah jenayah yang disiarkan dalam akhbar-akhbar setempat. Jika keadaan ini dibiarkan ketenteraman dan keselamatan orang ramai terancam. Oleh itu, setiap anggota masyarakat seharusnya menyedari akan tanggungjawab bersama membanteraskan jenayah. Setiap anggota masyarakat tidak harus menyerahkan tugas membanteras jenayah bulat-bulat kepada pihak polis. Sebenarnya , tanpa kerjasama orang ramai , tugas polis menjadi kurang berkesan.
Hadirin sekelian,
Banyak langkah atau cara yang dapat diambil umtuk mengurangkan kadar jenayah. Satu daripadanya ialah mengelak daripada terlibat alam kegiatan jenayah . Hal ini dapat kita lakukan jika kita bergaul dengan orang-orang yang tinggi moralnya. Selain itu , kita perlu juga melengkapkan diri dengan didikan agama untuk membentuk keimanan yang teguh supaya dapat menjadi benteng untuk menyekat diri kita daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.
Langkah seterusnya ialah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis . Hal ini wajib kita lakukan jika kita benar-benar cinta akan keamanan. Sebagai anggota masyarakat, kita sepatutnya menjadi mata dan telinga pihak polis. Sebarang kegiatan jenayah dan perbuatan yang mencurigakan hendaklah dilaporkan segera kepada pihak polis.
Pelajar pun dapat membantu mengurangkan kejadian jenayah. Caranya ialah menyampaikan maklumat tentang langkah-langkah mencegah janayah kepada anggota keluarga dan anggota masyarakat setempat. Misalnya, anda boleh mengingatkan keluarga tentang perlunya menyimpan wang dan harta benda di tempat yang selamat.
Hadirin sekelian,
Akhir kata saya menyeru para hadirin agar kita bersama mencegah
dan membanteras kejadian jenayah. Sekian terima kasih.

1 Pada pendapat anda, siapakah yang mungkin sekali memberi ucapan ini?

A Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
B Pegawai Kaunseling
C Pegawai pendidikan
D Pegawai polis

2 Bukti bahawa kejadian jenayah semakin kerap berlaku dalam uacapan
ini berdasarkan pada…

A kerapnya kejadian jenayah disiarkan di akhbar-akhbar setempat.
B banyaknya kejadian jenayah yang sedang disiasat oleh polis.
C pengalaman dan pemerhatian dari hari ke hari.
D banyaknya aduan oleh mangsa yang terlibat dalam kejadian jenayah.

3 Mengapakah setiap anggota masyarakat harus bersama-sama membanteras jenayah?

A kerana tugas membanteras jenayah adalah kewajipan setiap
anggota masyarakat.
B kerana pihak polis gagal menjalankan tugasnya seperti yang diharapkan .
C kerana penjenayah takut akan masyarakat yang sentiasa
bekerjasama dengan polis.
D kerana kejayaan membanteras jenayah mudah tercapai melalui
kerjasama masyarakat.

4 Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaikata mata dan telinga pihak polis?

A membantu pihak polis .
B orang kanan pihak polis.
C penyiasat sambilan pihak polis.
D pengawal sukarela pihak polis.

5 Apakah yang dapat disimpulkan daripada ucapan di atas ?

A setiap orang mesti bersama memikul tanggungjawab membanteras jenayah.
B kegiatan jenayah tidak harus dibiarkan berleluasa untuk
menjamin ketenteraman.
C pihak polis tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam
usaha membanteras jenayah.
D tanggungjawab membanteras jenayah hanyalah tanggungjawab pihak polis.

Soalan 6 hingga 10
Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Petani waja,
Tidak bermaya
setengah abad kau menjadi peneroka
membangun tanah pusaka tercinta
menumpahkan keringat…
demi keluarga, bangsa dan negara.
Petani waja,
setengah abad berlalu
keringan mu
kegagahan mu dimamah usia
kulit mu kasar berkedut hangus.
urat-urat mu berpintal-pintal
setelah setengah abad berjuang
bersama kerbau tua bermandi lumpur
di bawah panahan sang mentari
namun ganjaran mu tidak setara
separuh cuma bahagian mu
setelah ditolak rezeki tikus dan bebeurung…
lintah darat yang tidak mengenal mangsa.
Oh ! Petani waja
Hati mu, wajah mu tidak pernah ceria
hati mu resah
esok anak mu akan ke sekolah
pasti tidak bermaya untuk melangkah
tanpa wang belanja, tanpa segala
derita mu pasti bertambah lagi
hanya doa dan harapan
menanti sinar yang tak kunjung datang

6 Sudah berapa lama petani itu bekerja di sawah?

A lima tahun
B lima belas tahun
C sepuluh tahun
D lima puluh tahun

7 Berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan pendapatan petani
tidak memuaskan KECUALI

A dimakan tikus dan burung.
B tidak menggunakan teknologi baru
C bergantung dengan orang tengah
D kerana sebahagian hasilnya dimakan lintah

8 Bagaimanakah hasil yang diperolehi oleh petani itu?

A hanya cukup untuk keperluan dirinya sendiri
B tidak setimpal dengan usaha yang dikeluarkan
C melebihi keperluan keluarganya
D separuh sahaja yang digunakan

9 Rangkaikata “ lintah darat ” bermaksud …

A pemborong atau peniaga yang mengambil untung berlebihan
B pemborong peniaga yang membeli hasil-hasil petani
C pemborong peniaga yang memberikan modal
D lintah yang hidup di darat

10 Pada pandangan anda , apakah mesej utama yang hendak disampaikan dalam
sajak di atas?

A petani ialah golongan yang sememangnya miskin .
B jasa petani pada bangsa dan negara jamgan dilupakan
C masa depan petani yang gelap kerana mereka sudah setengah abad bertani.
D petani perlukan pembelaan untuk meningkatkan pengeluaran dan
pemasaran agar mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.

Soalan 11 hingga Soalan 15
Baca berita di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya.

KUALA LUMPUR, 25 Mei - Pakar Botani dari Britain, G.G Watson yang pernah bertugas di Malaya dalam tahun 1930-an pasti tidak menyangka sama sekali bahawa rumahnya kini akan dijadikan Pusat Pendidikan Alam Semula Jadi Negara.
Rumah yang terletak di tepi hutan dara seluas 1020 hektar dalam kawasan Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia(FRIM). Rumah itu mempunyai empat bilik dan telah dibina pada tahun 1928.
Tujuan pengubahsuaian rumah tersebut ialah untuk mengekalkan kehijauan serta menanamkan rasa kecintaan di kalangan masyarakat terhadap hutan di negara ini. Kerja-kerja pengubahsuaian rumah itutelah dilakukan dengan kerjasama tiga pihak iaitu pihak Shell sebagai penaja, pihak FRIM dan Persatuan Pencinta Alam (MNS) sebagai penyelenggaraan
Rumah tersebut akan menjadi sumber rujukan dan penyelidikan kepada semua golongan, termasuk pelajar dan orang ramai. Rumah itu kini telah dilengkapkan dengan 41 buah katil, beberapa buah komputer,buku-buku rujukan dan alat pandang dengar.
Rumah tersebut diharapkan dapat menjadi pusat pendidikan alam semula jadi dan tempat menyimpan dan membekalkan segala maklumat mengenai hutan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya.

11 Apakah yang terbayang oleh pemilik rumah tersebut?

A rumahnya akan terbiar begitu sahaja
B rumahnya akan dijadikan rumah kediaman pegawai
C rumahnya akan dijadikan pusat penyelidikan dan pengumpulan
kayu balak
D rumahnya akan menjadi Pusat Penyelidikan Alam Semula Jadi.

12 Hutan dara dalam petikan berita di atas membawa maksud …

A hutan yang dipelihara
B hutan yang hijau dan subur
C hutan yang belum diteroka
D hutan yang sudah matang usianya

13 Semua pihak teribat dalam kerja-kerja pengubahsuaian rumah
tersebut KECUALI

A pihak shell
B pihak Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia
C Pihak Persatuan Pencinta Alam
D Pihak Jabatan Perhutanan malaysia

14 Apakah tujuan asal pembinaan rumah tersebut?

A tempat kediaman G.G Watson dan keluarganya
B kediaman pegawai-pegawai perhutanan
C Pejabat Perhutanan Malaysia
D Pejabat Institut Penyelidikan dan Perhutanan Negara

15 Pada pendapat kamu , apakah yang akan terjadi sekiranya semua hutan
di negara kita digondolkan?

A iklim akan bertukar
B cuaca tidak menentu]
C negara akan menjadi kaya
D negara akan hilang khazanah yang amat bernilai




Latihan Kefahaman 3

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, Cdan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.
Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Aku dilahirkan di sebuah kedai membuat pakaian di bandar Kuantan. Aku diperbuat daripada benang sutera yang dimport daripada negara Jepun. Badan aku berwarna biru dan dihiasi dengan corak bunga teratai yang berwarna kuning. Kawan-kawanku memuji kecantikanku. Sesungguhnya aku sungguh bersyukur dan bangga dilahirkan cantik sebegini.
Setelah aku siap dipotong, aku telah dibungkus dengan kemas di dalam sebuah kotak bersama dengan kawan-kawanku yang lain. Aku dan kawan-kawanku telah dihantar dengan menggunakan sebuah lori ke sebuah pasar raya yang besar di Petaling Jaya. Aku dan kawan-kawanku akan dijual di situ.
Aku dan kawan-kawanku telah dipamerkan di sudut menjual pakaian di pasar raya itu. Aku berasa bangga berada di situ. Orang ramai yang datang sering memuji-mujiku. Kata mereka, warna aku menarik dan potongan badanku cantik. Kata-kata mereka ini tambah membanggakan aku lagi.
Pada suatu hari, datang seorang perempuan muda yang bergaya ke tempat aku dan kawan-kawanku dipamerkan. Aku ternampak dia membelek-belek kawan-kawanku, kemudian dia menggelengkan kepalanya. Perempuan muda itu ternampak aku. Akhirnya dia membelek-belekku sambil tersenyum. Dia mengacukan aku ke badannya. Kemudian, dia terus ke kaunter pembayaran untuk membayar hargaku.
Kini, bermulalah kehidupan baru dalam hidupku. Aku telah mendapat tuan yang baru. Aku berasa gembira dan bangga kerana akan dapat memberi perkhidmatan kepada tuanku. Aku berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada tuanku. Tuan aku selalu mamakai aku ketika pergi ke pejabat dan ke masjlis-majlis rasmi. Kawan-kawan tuan aku sering memujinya apabila memakaiku.Aku berasa sangat bangga dengan pujian tersebut. Apabila aku digunakan, aku dibasuh dan dijaga. Kemudian, tuan aku menggosokkan aku supaya aku kelihatan kemas dan rapi.
Namun, semakin lama warnaku semakin pudar kerana selalu digunakan oleh tuanku. Pada suatu hari, tuanku telah memasukkan aku ke dalam sebuah plastik yang besar. Aku berasa amat sedih dan kecewa dengan sikap tuanku. Di dalam plastik itu, terdapat lagi kawan-kawanku yang senasib denganku. Mereka semua kelihatan sedih. Kata mereka, kami akan didermakan kepada sebuah badan kebajikan. Walaupun berasa sedih, namun aku tetap berbangga kerana akan dapat memberi perkhidmatan lagi kepada mereka yang memerlukannya.
1 Siapakah ‘aku’ dalam petikan di atas?
A Sepasang baju Melayu C Sepasang anting-anting
B Sepasang baju kurung D Sepasang kasut
2 Di manakah ‘aku’ dilahirkan?
A Di negeri Pahang C Di negara Jepun
B Di Petaling Jaya D Di Kuala Lumpur
3 Semua pernyataan berikut menyebabkan ‘aku’ berasa bangga kecuali
A dapat memberi perkhidmatan kepada tuannya
B mempunyai warna yang menarik dan potongan badan yang cantik
C sering menerima pujian daripada kawan-kawan tuannya
D dibawa dengan lori ke pasar raya yang besar
4 Mengapakah perempuan muda itu tersenyum apabila membelek-belek ‘aku’?
A kerana kecantikan ‘aku’ dan sesuai dengan saiz badannya
B kerana ‘aku’ dijual di pasar araya yang besar
C kerana harga ‘aku’ lebih mahal berbanding dengan kawan-kawan ‘aku’
D kerana dia berminat untuk membeli kawan-kawan ‘aku’

5 Apakah nasib yang menimpa ‘aku’ selepas dimasukkan ke dalam sebuah plastik?
A ‘Aku’ akan diberikan kepada orang lain
B ‘Aku’ telah digunakan sebagai pengelap lantai
C ‘Aku’ akan disumbangkan kepada sebuah badan kebajikan
D ‘Aku’ akan dibuang ke dalam tong sampah

Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
PUTRAJAYA, Rabu – Kerajaan hari telah menubuhkan Kumpulan Kerja Pengurusan Risiko Bencana untuk menangani sebarang kemungkinan bencana, kecemasan dan darurat di negara ini dengan lebih cepat dan terurus. Ia terdiri daripada kumpulan kerja banjir, tanah runtuh, petroleum dan gas, kebakaran hutan dan radiologi.Timbalan Perdana Menteri, berkata, kumpulan-kumpulan kerja yang diwujudkan itu boleh bertindak dan melaksanakan segala prosedur kerja dengan serta-merta apabila berlaku kejadian yang tidak diingini. Tambah beliau lagi, penubuhan kumpulan-kumpulan kerja ini sebagai persiapan awal apabila bencana berlaku dan dapat menanganinya dengan lebih cepat dan tersusun. Bukan membiarkan bencana melanda dahulu sebelum mencari jalan penyelesaiannya.
       Di samping itu, kerajaan juga mewujudkan Kumpulan Kerja Pengurusan Bantuan Bencana yang diuruskan oleh Jabatan Pertanian. Ini bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mangsa-mangsa yang hilang punca pencarian akibat bencana yang berlaku.Datuk Seri Abdullah juga berharap agar setiap kumpulan kerja yang ditubuhkan ini dapat menjalankan tugas dan tindakan mereka dengan lebih cepat dan berkesan apabila menghadapi sebarang bencana. Mengenai banjir, beliau berkata, kerajaan telah membuat persediaan awal dari segi logistik, peralatan serta peruntukan kewangan. Kerajaan juga telah menyediakan pusat pemindahan banjir, makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa-mangsa nanti yang dikenal pasti di seluruh negara.

6 Mengapakah Kumpulan Kerja Pengurusan Risiko Bencana ditubuhkan oleh
kerajaan?
A Sebagai persiapan awal untuk menghadapi banjir
B Untuk mengatasi sebarang bencana dengan lebih cekap dan tersusun
C Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang dilanda bencana
D Mencari jalan penyelesaian selepas sesuatu bencana itu berlaku

7 Berikut adalah kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan dalam Kumpulan Kerja
Pengurusan Risiko Bencana kecuali
A Kumpulan kerja petroleum dan gas
B Kumpulan kerja tanah runtuh
C Kumpulan kerja Jabatan Pertanian
D Kumpulan kerja radiologi

8 Jika berlaku bencana kejadian kebakaran hutan di negara kita, jabatan manakah yang bertanggungjawab untuk menanganinya?
A Jabatan Alam Sekitar C Jabatan Pengairan dan Saliran
B Jabatan Kerja Raya D Jabatan Pertanian

9 Perkataan ‘penyaluran’ dalam petikan di atas bermaksud
A penggunaan C pembawaan
B penerimaan D penyampaian

10 Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan membuat persiapan awal untuk menghadapi kejadian banjir?
A kerana kejadian banjir merupakan masalah serius yang perlu diatasi dengan
segera
B kerana kejadian banjir yang sering berlaku memusnahkan banyak harta Benda dan nyawa
C kerana banyak pusat pemindahan banjir telah di kenal pasti untuk
menempatkan mangsa-mangsa banjir
D kerana pelbagai keperluan sudah disediakan untuk keperluan mangsa-mangsa
banjir

Soalan 11 hingga 15
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Wartawan : Selamat pagi. Saya wartawan dari akhbar Buletin Perdana.
Encik Salleh : Selamat pagi. Sila duduk. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Wartawan : Saya ingin menemu ramah encik berkaitan dengan Pertandingan
Menulis Esei sempena Hari Kemerdekaan yang ke-44.
Encik Salleh : Boleh, apa salahnya. Silakan.
Wartawan : Apakah tema Pertandingan Menulis Esei pada tahun ini?
Encik Salleh : Tema Pertandingan Menulis Esei pada tahun ialah ‘Keranamu
Malaysia’.
Wartawan : Jadi, temanya sama juga dengan dengan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Mengapakah tema itu dipilih?
Encik Salleh : Ya, temanya sama dengan tema Hari Kemerdekaan. Tema ini dipilih
kerana untuk membangkitkan semangat rakyat negara kita, tidak
mengira kaum atau agama supaya sanggup berkorban masa, tenaga,
wang ringgit, harta benda malah nyawa sekalipun demi negara
Malaysia tercinta. Jadi, kerana Malaysia, rakyat diseru supaya
berkorban apa sahaja untuk mempertahan dan mengharumkan nama
Malaysia di peringkat antarabangsa.
Wartawan : Apakah syarat-syarat untuk menyertai pertandingan ini?
Encik Salleh : Syarat-syarat untuk menyertai pertandingan ialah ia terbuka kepada
pelajar-pelajar sekolah di Malaysia. Terbahagi kepada tiga kategori,
iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi.
Bagi sekolah rendah, panjang esei ialah 150 patah perkataan, sekolah
menengah 450 patah perkataan dan institut pengajian tinggi pula 1000
patah perkataan. Pemenang dinilai berdasarkan mutu persembahan isi
yang baik dan tulisan tangan yang kemas atau bertaip. Peserta boleh
menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya layak menerima
satu hadiah sahaja. Esei hendaklah dihantar dan sampai kepada pihak
kami sebelum atau pada 15 September. Pihak kami tidak akan melayan
esei yang sampai selepas tarikh itu. Keputusan hakim adalah
muktamad.
Wartawan : Bagaimana pula dengan hadiah yang ditawarkan kepada para
pemenang?
Encik Salleh : Pihak kami menyediakan tiga hadiah bagi setiap kategori. Tempat
pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM1 000.00, trofi dan
sijil penyertaan, kedua akan menerima wang tunai sebanyak
RM500.00, trofi dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga pula
akan menerima wang tunai sebanyak RM300.00, trofi dan sijil
penyertaan.
Wartawan : Setakat ini sahaja temu ramah saya. Terima kasih kerana encik
memberi kerjasama kepada saya.
Encik Salleh : Sama-sama.

11 Siapakah Encik Salleh?
A Pihak penganjur pertandingan C Seorang wartawan akhbar
B Pemenang hadiah pertandingan D Seorang pelajar sekolah

12 Apakah tujuan diadakan Pertandingan Menulis Esei tersebut?
A Supaya pelajar sekolah tidak membuang masa begitu sahaja
B Supaya para pelajar memenangi sebeberapa hadiah yang ditawarkan
C Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-44
D Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menulis

13 Mengapakah tema Pertandingan Menulis Esei sama dengan tema Hari
Kemerdekaan?
A Kerana Pertandingan Menulis Esei sama dengan tarikh Hari Kemerdekaan
B Kerana sering diadakan serentak pada setiap tahun
C Kerana untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa
D Kerana untuk membangkitkan semangat cintakan negara

14 Berapakah hadiah wang tunai yang ditawarkan bagi setiap kategori?
A RM300.00 C RM1 000.00
B RM500.00 D RM1 800.00

15 Semua pernyataan berikut adalah benar berdasarkan petikan kecuali
A Pertandingan Menulis Esei diadakan pada setiap tahun
B Panjang esei bagi pelajar sekolah menengah ialah 450 patah perkataan
C Penyertaan hendaklah sampai pada atau selepas 15 September
D Setiap pemenang akan menerima wang tunai, sijil penyertaan dan trofi


LATIHAN PEMAHAMAN 4

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada
satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Amir Faiz : Selamat pagi, cikgu. Apa khabar?
Cikgu Atif : Selamat pagi. Khabar baik.
Amir Faiz : Saya Amir Faiz, ketua pengarang “ Buletin Antara Kita ”.
Saya ditugaskan menemu ramah cikgu bagi dimuatkan dalam keluaran akan

datang bersempena pelantikan cikgu.
Cikgu Atif : Boleh. Eh, duduklah dulu! Tak manis jika awak asyik berdiri sahaja.
Amir Faiz : Bolehkah cikgu menceritakan pengalaman cikgu dalam kerjaya mulia ini?
Cikgu Atif : Cikgu mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Kem Kabota, Tawau, Sabah
selama lima tahun. Pada tahun 1980, cikgu ditukarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia ke Sekolah Kebangsaan KemTerendak.Sebelum ditukarkan di sekolah ini, cikgu telah berkhidmatselama tujuh tahun di Sekolah kebangsaan Taman Bunga Raya sebagai Guru Penolong KananKurikulum.

Amir Faiz : Boleh saya tahu latar belakang pendidikan cikgu?
Cikgu Atif : Cikgu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh
dan menyambung pelajaran di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban.
Kemudian cikgu mendapat pendidikan ikhtisas di Maktab Perguruan
Sultan Idris.
Amir Faiz : Bagaimanakah pendapat cikgu semasa kali pertama bertugas di sekolah ini?
Cikgu Atif : Cikgu berbangga dengan sekolah ini kerana telah berada di puncak dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum. Nilai-nilai murni yang telah disemai
oleh bekas guru besar lama telah begitu mantap dalam diri para pelajar.
Amir Faiz : Apakah harapan cikgu kepada sekolah ini?
Cikgu Atif : Cikgu amat berharap agar aspirasi guru di sekolah ini utuk menjadikan
sekolah kita sebagai Sekolah Harapan Negara pada tahun ini akan menjadikenyataan.
Amir Faiz : Terima kasih atas kerjasama dan kesudian cikgu menjawab soalan saya.
Cikgu Atif : Sama-sama.

1. Pada tahun berapakah Cikgu Atif mula berkhidmat? 
A 1970 
B 1975
C 1980 
D 1885

2. Di manakah beliau mendapat pendidikan perguruan?
A Sekolah Kebangsaan Sungai Choh C Sekolah Datuk Abdul Razak
B Sekolah Kebangsaan Kem Kabota D Maktab Perguruan Sultan Idris


3. Berikut adalah antara sifat yang ada pada Cikgu Atif kecuali ………..
A peramah
B mementingkan diri
C bersopan-santun 
D bekerjasama

4. Antara berikut ialah kejayaan yang telah ditinggalkan oleh bekas Guru Besar kecuali
A mempunyai kantin yang indah.
B mempunyai murid yang berdisiplin.
C kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.
D mencapai kegemilangan dalam kokurikulum.

5. Kata aspirasi di dalam petikan membawa maksud ……

A idaman C angan-angan
B cita-cita D harapan

Soalan 6 hingga soalan 10

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kolam boleh dikatakan terdapat di mana sahaja. Di kebun-kebun bunga, di hutan lipur dan di ladang. Ada juga kolam yang terletak di atas bukit-bukau dan gunung-ganang. Kolam ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kolam semulajadi dan kolam hasil buatan.
Kolam asli terbentuk apabila tempat-tempat berongga pada muka bumi dipenuhi air hujan. Untuk menampung air, tempat-tempat berongga ini mestilah mempuyai lapisan tanah liat atau batu di bawahnya yang menahan air daripada meresap ke dalam tanah.
Kebanyakan kolam adalah dibuat oleh manusia. Pada masa lampau, hampir semua kampung dan ladang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kolam. Kolam itu digunakan oleh kuda dan lembu untuk meminum air. Di samping itu, kolam ini juga digunakan untuk pengairan.
Musim panas adalah masa yang paling sibuk di kolam. Cuacanya panas danharinya panjang. Tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan cepat, berbunga dan berbenih. Tumbuhan-tumbuhan ini menyediakan makanan yang segar untuk banyak herbivor.
Berbeza dengan keadan ini, pada musim sejuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan kolam menghadapi banyak kesulitan. Walaupun permukaan air menjadi beku, namun jauh di bawah permukaan kolamnya, suhunya jarang sekali jatuh lebih rendah daripada 4 C. Ini menyebabkan masih terdapat haiwan – haiwan yang boleh hidup nun jauh di dasar sungai atau kolam tersebut.

6. Bagaimanakah banyak kolam asli terbentuk?

A Di kawasan yang mudah diresapi air
B Lubang-lubang yang digali dengan dilapisi tanah liat
C Apabila hujan memenuhi tempat-tempat berongga pada muka bumi
D Kolam ini akan terbentuk di atas bukit-bukau dan gunung-ganang.

7. Mengapakah kolam digali di kebanyakan ladang?

A Sebagai pusat bekalan air kawasan ladang
B Sebagai tempat haiwan herbivor mendapat makanan
C Sebagai tempat yang paling sibuk pada musim panas
D Sebagai tempat tumbuh-tumbuhan berbunga dan berbenih

8. Kata rongga dalam petikan tersebut membawa maksud …………

A lubang C padat 
B tumpat D padu

9. Semua yang berikut adalah benar kecuali ………….

A Di atas bukit dan gunung juga terdapat kolam.
B Kolam adalah sumber utama haiwan ternakan.
C Walaupun sejuk, air di kolam tidak beku sepenuhnya.
D Tumbuh-tumbuhan dapat hidup subur semasa musim sejuk.

10. Pada pendapat anda, mengapakah kolam begitu penting kepada hidupan?

A Kolam adalah sumber bermula rantaian makanan
B Kolam mencantikkan pemandangan dan boleh menenangkan fikiran
C kolam boleh membeku ketika musim sejuk
D Tumbuh-tumbuhan mengharapkan kolam untuk membiak









No comments:

Post a Comment

Post a Comment