http://upsrbm.tripod.com/
http://tatabahasabm.tripod.com/latih/latih.htm
http://upsr.fieldcon.org/ex_pretest1.php?id=131&page=1
Aspek yang dapat membantu menghasilkan sesuatu penulisan kreatif
Ambil kira perkara berikut dalam penulisan:
Polisemi - bentuk kata yang mempunyai banyak makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. contoh: dibanjiri manusia, air, kenderaan dsb
Kata bandingan/simile contoh: setinggi langit, bodoh macam lembu
Peribahasa - bidalan, kata hikmah, pepatah
Kata ganda berentak : contoh jari-jemari, lauk-pauk.
Penanda wacana: contoh sehubungan itu
Personifikasi –: pemberian sifat manusia kepada benda tak bernyawa untuk mendapatkan kesan sastera.
Contoh: deruan angin seolah menyanyikan lagu syahdu itu sungguh menghiburkan. Aspek yang dapat membantu menghasilkan
Galakkan murid membaca banyak buku cerita yang berunsur sastera.
Contoh petikan ayat yang gramatis dan puitis:
Pak Ismail termenung di anjung rumah. Hujan yang turun membasahi bumi entah bila akan reda. Ombak yang menghempas pantai juga entah bila akan berhenti.
Latih murid mengadaptasi idea dalam cerita yang dibaca untuk melahirkan idea sendiri.
Petikan cerita Mentari Kembali Bersinar
Teks Sastera Tahun 6.
“Anak-anak saya masih bersekolah lagi, Tok Ayub. Saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu hanya kerana saya tidak mampu menyediakan wang secukupnya untuk mereka,” balas Pak Ismail lagi.
Pengorbanan Pak Ismail itu benar-benar menyentuh perasaan Tok Ayub.
Murid boleh mengadaptasi perwatakan Pak Ismail yang cekal, rajin dan bertanggung jawab dalam cerita mereka hasilkan.
• Latih tubi murid membina ayat yang kreatif.
Seni silat ialah salah satu seni mempertahankan diri yang digemari. Aksi pesilat bak pahlawan Melayu dahulu kala sungguh mengkagumkan kita. Seni yang diwarisi turun- temurun ini perlulah dijaga.
Galakkan murid melahirkan idea dalam bentuk penulisan daripada perkara yang dilihat, dibaca dan dialami. Minta murid menunjukkan perkara yang berlaku dan bukan menceritakan perkara yang berlaku. (show don’t tell)
#############################################################
PENULISAN BAHAGIAN A
Contoh-contoh Arahan Bahagian A
1.Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.
2.Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
3.Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
4.Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang terdapat dalam gambar.
PENULISAN BAHAGIAN A
Contoh-contoh Arahan Bahagian A
1.Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.
2.Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
3.Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
4.Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang terdapat dalam gambar.
1.Ayat yang dibina mestilah mengenai apa yang terdapat dalam gambar dan tersurat. ( Ayat yang tersirat boleh dijadikan sebagai pelengkap ayat sahaja )
2.Tulis kata kunci berdasarkan gambar. ( Kata kunci tidak boleh berulang )
3.Ayat perlu dinomborkan : 1 – 5.
4.Ayat yang dibina mestilah seimbang mengikut jumlah gambar. ( Ada nisbah )
5.Ayat yang dibina perlulah gramatis / betul dari segi tatabahasanya.
6.Elakkan menulis ayat tentang perkara yang tidak terdapat dalam gambar.
7.Ayat yang ditulis perlu dikembangkan dengan sempurna menggunakan kata hubung atau penanda wacana.
8.Boleh berikan watak pada gambar.
9.Jangan menulis lebih daripada 5 ayat.
10.Jangan memberi pandangan peribadi tentang gambar.11.Semak segala kesalahan jika ada.
CONTOH SOALAN
Tulis lima aktiviti berdasarkan gambar di bawah.
Kata Kunci
Menghulurkan/ bentang tikar
Membina/ berdekatan
Perahu layar/mendayung
Berenang/guna pelampung
Gembira/bermain
CONTOH AYAT
1. Emak menghulurkan sepinggan makanan kepada ayah danmereka duduk di atas tikar yang dibentang di tepi pantai.
2. Saya dan adik membina istana pasir berdekatan dengan abang yang bermain bola.
3. Abang dan rakannya begitu leka dan gembira bermain bola di tepi pantai.
4. Kelihatan kanak-kanak gembira bermain air dan ada yangberenang dengan menggunakan pelampung.
5. Ada juga pengunjung yang berekreasi dengan perahu layardan mendayung sampan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
Kata Kunci
Selekeh/ tidak bertutup
Membeli/ gerai kotor
Banyak sampah/ hinggap
Mengalami muntah-muntah/ cirit-birit
Hospital/ menerima rawatan/ keracunan makanan
CONTOH AYAT
1.Peniaga minuman dan makanan ini kelihatan selekeh dan makanan yang dijual tidak bertutup.
2.Beberapa orang murid sekolah membeli makanan dan minuman di gerai yang kotor itu.
3.Terdapat banyak sampah di sekeliling gerai dan lalat kelihatan hinggap pada makanan tersebut.
4.Murid-murid yang membeli makanan dan minuman di gerai itu telah mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.
5.Mereka telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana keracunan makanan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
PERKARA Menulis karangan
STIMULUS Tajuk diberi
BILANGAN SOALAN 3 soalan pilih 1 sahaja
BILANGAN PERKATAAN Tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
BENTUK KARANGAN Karangan lengkap
BAHAGIAN B
Baca dan fahami tajuk-tajuk yang diberi
Pilih tajuk karangan yang dikuasai sepenuhnya agar dapat menghuraikan sesuatu tajuk dengan tepat dan padat.
Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian dengan kehendak soalan.
Sediakan rangka karangan agar isinya tidak berulang.
Karangan berformat mestilah mengikut format yang betul.
PENULISAN BAHAGIAN B
Karangan Berformat Khusus
Karangan Berformat Umum
Karangan Berformat Khusus
- Surat rasmi,--Surat tidak rasmi-- Dialog-- Laporan--Ucapan
-- Syarahan-- Berita-- Catatan-- Perbahasan
Karangan Berformat Umum
-Naratif -Menyambung dan menyudahkan cerita -Fakta -Gambaran/keperihalan
-Peribahasa -Rencana -Penerangan -Perbincangan
KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH MEMPUNYAI:
- Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan dengan tajuk.
- Isi-Isi yang disertai dengan huraian dan contoh,penggunaan penanda wacana, peribahasa dan ungkapan amat digalakkan.
- Penutup karangan dengan membuat kesimpulan atau rumusan tentang tajuk
karangan dengan memberi pendapat sendiri.
- Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh atau isi yang tertinggal atau kurang tepat.
PENULISAN – ( BAHAGIAN C )
MEMBUAT ULASAN / MERUMUS
PENGENALAN
1.Dalam bahagian ini calon akan diberi samada sebuah petikan berupa fakta, cerita, dialog ataupun puisi.2.Calon dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi berdasarkan arahan-arahan tertentu.
3.Jawapan hendaklah dibuat dalam satu perenggan sahaja.
4.Jumlah markah - 20 markah.
5.Masa dicadangkan – 20 minit sahaja.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
1. Baca dan fahami2. Garis isi penting /pengajaran /nilai / kebaikan /kepentingan
3. Senaraikan
4. Tulis dalam satu perenggan
Teknik Menjawab Bahagian C
1. Kenal pasti arahan…pengajaran, nilai murni, amalan baik. – Apa bezanya?
2. Kenal pasti tema petikan supaya lebih mudah untuk mengulas.
3. Baca ayat demi ayat untuk mencari pengajaran / nilai murni / amalan baik.
4. Senaraikan idea dan huraian secara ringkas sebelum menulis di kertas soalan.
5. Mulakan ulasan dengan : Sebagai seorang .............../ Kita
6. Gunakan kata ganti nama ‘ kita ’ dalam ayat.
7. Masukkan kata-kata positif.
8. Gunakan penanda wacana / kata hubung ketika menyambung ayat.
9. Pastikan jumlah perkataan sesuai dengan kehendak soalan.
CONTOH SOALAN
Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Loceng waktu terakhir berbunyi. Anuar mengambil basikal lalu mengayuh menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, diapun meletakkan basikal di tempat yang disediakan(1 ). Dia memberi salam sambil menanggalkan kasut dan stoking lalu meletakkannya di rak kasut(2). Setelah ibunya membuka pintu, dia bersalaman lalu mencium tangan ibunya(3).
Dia ke bilik untuk menyimpan beg dan menukar pakaian. Setelah selesai, dia terus ke dapur untuk membantu ibunya menghidangkan makanan tengah hari(4). Selesai makan , dia membantu ibu membersihkan meja makan. Selepas itu, dia bersiap ke sekolah agama pula.
Pulang dari sekolah agama, dia terus mandi dan bersembahyang(5). Selepas makan malam, dia terus ke meja belajar untuk mengulang kaji tanpa menunggu arahan daripada sesiapa(6).
( 1 ) berdisiplin
( 2 ) mementingkan kebersihan
( 3 ) menghormati ibu
( 4 ) rajin
( 5 ) taat perintah Allah
( 6 ) berdikari
berdisiplin : agar hidup teratur dan sempurna
menghormati ibu : telah membesarkan kita
rajin : membantu ibu, meringankan beban kerja ibu
mementingkan kebersihan : agar hidup sihat
taat : taat kepada suruhan Allah balasannya syurga
berdikari : jangan mengharapkan bantuan orang lain
contoh jawapan :
Kita mestilah berdisiplin agar hidup kita sempurna dan berjaya. Sebagai seorang anak, kita mestilah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah membesarkan kita. Seterusnya, kita perlu rajin membantu ibu dan ayah agar dapat meringankan beban kerja mereka. Selain itu, kita harus menjaga kebersihan diri dan makan makanan yang berkhasiat setiap hari supaya badan kita sihat. Sebagai umat Islam pula, kita harus taat kepada suruhan-Nya agar kita mendapat balasan yang baik di akhirat nanti. Sikap berdikari Anuar patut kita contohi. Ulang kajilah pelajaran tanpa menunggu diarah oleh ibu atau bapa kita dan janganlah kita mengharapkan bantuan orang lain apabila membuat sesuatu pekerjaan.
No comments:
Post a Comment