PARIS 12 Mei - Pendidikan di sekolah wajar dilakukan dalam bahasa
ibunda sesebuah negara kerana pengajaran dalam bahasa tersebut dapat
memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar.
Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO
menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi
murid di peringkat sekolah rendah.
"Kualiti pendidikan menjadi lebih baik apabila murid-murid diajar
dalam bahasa ibunda," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai langkah Malaysia memperkenalkan program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) tetapi kemudiannya membatalkan program itu dengan mengembalikan
pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.- Utusan
No comments:
Post a Comment